Gunakan Google Apps Pada Domain Anda
Jun 11th

Jika anda mempunyai domain sendiri, sudah tentu anda juga mempunyai web hosting. Dan pada setiap web hosting kebiasaannya ada menawarkan email untuk domain anda. Tetapi tahukah anda bahawa ruangan untuk setiap email itu dalam lingkungan 2GB sahaja? Dan seandainya web hosting anda down, anda tidak boleh access email anda tadi. Untuk sesuatu organisasi yang bergantung penuh kepada email, hal sebegini tidak boleh diterima sama sekali. Tapi, tahukah anda yang kita boleh gunakan Gmail untuk email kita dan boleh menggunakan domain kita sendiri?
Akaun PBeBank Anda Telah Dikunci!
Apr 20th

Pertama sekali bila ternampak email ini dalam Spam folder, rasa nak gelak guling guling. Sebabnya, saya tak pernah bukak pun akaun di Public Bank. Dan disebabkan perasaan ingin tahu yang meluap luap, saya cuba buka email tadi. Nampaknya mereka dah semakin pandai (berbanding sebelum ini), sekarang dah pakai screenshot utk message yang dihantar. Jadi boleh letak URL PBeBank yang betul pada gambar tu, tapi link ke address lain. Jadi kebarangkalian orang tertipu naik 2% (rasanya).
Dan pada akhir email tu boleh ugut lagi, “Jika anda tidak membuka akaun Public Bank anda dalam masa 24 jam berikutnya, akaun anda akan dibuang dari sistem kami.” Fuyooo!! Ganasnya! Bank boleh sesuka hati tutup akaun pelanggan hanya disebabkan tak login.
Cara memasang Facebook Connect di CakePHP
Apr 15th

Kebanyakan aplikasi web pada masa ini menawarkan kelebihan kepada pengguna untuk menggunakan akaun Facebook mereka untuk log masuk. Ada juga yang menawarkan lebih dari itu, seperti OpenID, Twiter dan lain lain lagi. Kelebihan utama fungsi sebegini ialah memudahkan pengguna mendaftar tanpa perlu mengisi form yang panjang berjela, hanya klik beberapa button, semua siap sedia digunakan.
Untuk project terbaru, saya cuba untuk integrate Facebook Connect di dalam aplikasi saya yang menggunakan CakePHP 1.2.6 (terbaru pada waktu artikel ini di tulis). Pada mulanya memang agak susah untuk menjadi, tapi selepas 15 kali mencuba akhirnya berjaya juga. Dan saya ingin share cara caranya di sini, untuk tujuan rujukan sesama kita pada masa akan datang.
More >
Training Joomla! di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun
Mar 20th

Pada 15 – 17 Mac 2010 yang lepas, saya dan Shaiffulnizam telah selamat menjalankan Kursus Pembangunan Halaman Web Menggunakan Joomla! di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Seramai 25 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kursus ini, dan kesemuanya adalah lecturer (rasanya).
Sambutan yang diberikan amat menggalakkan, dan mereka juga tak segan untuk bertanya apa yang mereka kurang faham. Walaupun pada hari pertama ramai lagi yang masih malu malu dengan kami
Import Database MySQL dengan BigDump
Feb 27th

Jika anda mempunyai website ataupun forum yang mempunyai banyak post, saiz database anda pastinya amat besar. Sebagai contoh, untuk portal Joomla-My.org, saiz database sudah mencecah 150MB! Dan adalah menjadi masalah apabila kami ingin import database ini ke web server kami kerana saiz maksimum untuk upload file biasanya dalam 16MB hingga 128MB sahaja, bergantung kepada web hoster. Antara error yang biasanya kami dapat ialah:
You probably tried to upload too large file. Please refer to documentation for ways to workaround this limit.
Berbagai cara yang kami cuba lakukan, antaranya ialah membahagikan database itu kepada beberapa bahagian yang lebih kecil, contohnya satu bahagian hanya ada beberapa tables sahaja. Tapi table untuk post sahaja mencecah 72MB! Itu belum masuk lagi table untuk users.
Setelah merujuk pada documentation yang diberikan, kami mencuba BigDump, satu script PHP yang dicipta oleh Alexey Ozerov. Ternyata script ini banyak membantu. Mari kita tengok cara cara menggunakannya.
Video Tutorial: Pemasangan Web Server Xampp dan Joomla!
Feb 25th

Video tutorial kali ini, saya akan menunjukkan cara cara memasang web server xampp dan Joomla! di dalam komputer anda.
Host subdomain di server yang lain menggunakan DirectAdmin
Feb 16th

Sekiranya anda mempunyai domain sendiri, anda boleh menambah subdomain yang anda mahukan, bergantung kepada berapa banyak yang web hoster beri. Kebiasaannya jumlah subdomain adalah unlimited. Pada setiap subdomain, anda boleh install apa sahaja script yang anda mahukan; WordPress, Joomla!, Drupal, PHPBB dan lain lain.
Dan subdomain yang anda create itu sebenarnya boleh di host di server yang lain, bukan setakat pada server yang anda gunakan sahaja. Kurang faham? Mari tengok contoh.
Selamat tinggal pendrive, external hard disk!
Feb 15th

Kerja seorang freelance web designer memerlukan storage tambahan untuk membawa bersama materials (stock photos, icons, fonts etc) yang diperlukan ke mana mana.Sebelum ini, external HDD adalah penyelesaian yang paling mudah. Tapi, oleh kerana saiz yang agak besar, nak membawanya ke mana mana merupakan satu masalah bagi saya. Adakalanya masa nak jumpa client, terlupa nak bawak. Hmm, faham faham sendiri la kan…
Satu lagi kelemahan external storage ni, tak kira external HDD atau pen drive ialah iaitu kena backup manually. Dan backup pula dalam PC juga, ini akan menyebabkan redundant files yang berleluasa. Penggunaan disk space semakin tinggi. Adakah kena beli storage tambahan, contohnya Synology? Nope, ada solution lain yang lebih baik dan free; Dropbox.
Video Tutorial : Light Effect Menggunakan Photoshop
Feb 13th

Mari belajar membuat Light Effect menggunakan Adobe Photoshop. Video tutorial ini akan menunjukkan cara membuat Light Effect menggunakan Pen Tool dan Brush Tool. Panjang video: 6 minit 31 saat.




Comments