Setelah agak lama menggunakan perkhidmatan P1 Wimax, kini saya menggunakan Unifi. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Unifi sangat bagus, dengan kelajuan yang sangat memuaskan hati serta jarang berlaku connection down.

Tapi minggu depan saya akan berpindah ke rumah sewa baru, yang mana kedua-dua perkhidmatan ini tiada coverage. Jadi pilihan yang ada ialah Celcom Broadband yang menggunakan modem E1552 dari Huawei. Di sini saya akan kongsi bagaimana cara untuk menggunakan Celcom Broadband pada Mac OS X anda.

Langkah 1

Muat turun driver untuk modem E1550 yang juga boleh digunakan pada Mac OS X dari laman web ini.

Langkah 2

Unzip fail tersebut. Kemudian right click pada fail 3Connect Installer dan pilih Show Package Contents.

celcom-broadband-macosx-012

Anda akan di bawa ke satu tetingkap Finder baru yang menunjukkan fail dan folder yang terdapat di dalamnya. Kemudian buka Contents > Resources dan anda akan dapat terdapat beberapa fail dan folder di dalamnya. Kita akan menggunakan fail mobilemanager.mpkg.

celcom-broadband-macosx-021

Langkah 3

Sekarang right click pada fail mobilemanager.mpkg dan pilih Show Package Contents. Kita akan gunakan satu fail lain yang terdapat di dalamnya.

celcom-broadband-macosx-03

Di dalamnya terdapat satu folder iaitu Content. Masuk ke dalam folder Content > Packages dan pilih failhuawei_universal_425_05.pkg.

celcom-broadband-macosx-043

Langkah 4

Double click pada fail tersebut untuk install ke dalam Mac OS X.

celcom-broadband-macosx-05

Langkah 5

Pasang modem Celcom Broadband pada port USB di MacBook Air/Pro anda, dan tunggu sehingga lampu hijau habis berkelip, diganti dengan lampu biru. Ini menandakan ada coverage Celcom di tempat anda. Jika lampu hijau masih berkelip, tanggalkan modem tersebut dan cuba Restart Mac OS X anda terlebih dahulu.

Langkah 6

Untuk membuat sambungan, kita tidak akan menggunakan Celcom Connection Manager. Kita akan cipta satu sambungan network di dalam Mac OS X. Pada ikon Apple, pilih System Preferences… dan kemudian pilih Network.

celcom-broadband-macosx-06

Pada tetingkap Network itu, anda akan dapati sambungan yang ada, seperti contoh pada MacBook saya terdapat satu sambungan WiFi dan Bluetooth. Kita akan cipta satu sambungan baru, click pada ikon + seperti yang ditinjukkan di dalam gambar di bawah.

celcom-broadband-macosx-07

Langkah 7

Untuk Interface, pilih HUAWEIMobile-Modem, dan untuk Service Name pula anda boleh masukkan Celcom Broadband. Tekan butang Create.

Langkah 8

Seterusnya pada bahagian Telephone Number masukkan *99#. Pilih Show modem status in menu bar. Klik butang Apply untuk menyimpan maklumat yang telah dimasukkan.

Kemudian klik pada butang Advanced… untuk membuat tetapan tambahan.

celcom-broadband-macosx-08

Langkah 9

Pada tetingkap yang baru di buka, masukkan maklumat seperti di bawah:

Vendor: Generic
Model: GPRS (GSM/3G)
APN: celcom3g

Screen-Shot-2012-05-13-at-5.33.13-AM

Setelah selesai, anda boleh membuat sambungan dengan menekan butang Connect. Pada menu bar anda juga terdapat satu ikon untuk sambungan ke modem ini.

celcom-broadband-macosx-09

Selamat mencuba.

Rujukan/Kredit

  1. http://pasamio.com/2011/07/22/getting-your-huawei-modem-working-with-mac-os-x-lion/
  2. http://forum.lowyat.net/topic/1067254/all

  • Syahrull

    Terima kasih. Saya berjaya aktifkan talian tersebut.