Mengenai Saya

Hi, selamat datang ke page yang paling tidak popular di dalam blog saya ini. Terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk mengenali diri saya.

Saya seorang freelance web designer berumur 32 tahun, dan sudah berkahwin. Cahaya mata masih dalam perjalanan, di jangka hujung bulan 8 nanti. Baru dikurniakan cahayamata perempuan pada 18 August 2010 yang lepas. Saya menetap di Bandar Saujana Putra, Jenjarom dan anak ketiga dari enam beradik.

Pengalaman

Minat saya dalam bidang programming tercetus bila saya mula mengenali IRC pada tahun 1997 dahulu. Bermula dengan menulis kod aturcara mIRC, saya mula mengenali HTML. Zaman tu Geocities masih popular. Saya belajar dari seorang kawan di IRC, Nick Adam. Beliau boleh dikatakan cikgu saya yang pertama dalam bidang ini. Pada waktu itu, penggunaan Frame masih lagi popular.

Selepas beberapa tahun bekerja yang tak menentu seperti jaga cybercafe, kerja contract pasang cable masa F1 kat Sepang, saya akhirnya terbuka hati untuk melanjutkan pelajaran saya di peringkat Diploma, dikolej  PTPL Shah Alam pada tahun 2003. Semasa saya masih belajar di sini, saya ada mengambil upah membuat Final Project untuk senior saya (yang umurnya jauh lebih muda dari saya). Dari PHP, Visual Basic hinggalah ke ASP.NET.

Selepas tamat belajar, saya terpaksa bekerja sebagai freelance disebabkan belum mendapat tawaran dari mana mana syarikat. Kehidupan pada masa ini boleh dikatakan agak perit bila saya terpaksa menanggung keluarga dan juga hutang saya semasa belajar. Ketika ini, isteri saya sekaranglah yang banyak memberikan bantuan, tak kira dari segi sokongan moral ataupun wang.

My workstation

Pada ketika ini saya mula mendalami Joomla! dan pada Sep 14, 2006 5:24 pm saya diterima sebagai Moderator di forum Joomla.org pada bahagian Malaysia. Kira kira 5 bulan kemudian, saya dan 3 orang rakan menubuhkan Joomla-My, komuniti Joomla! Malaysia. Kami banyak membantu pengguna Joomla! lain yang menghadapi masalah. Dan kini Joomla-My telahpun menjadi salah satu partner dengan Joomla.org.

Dan pada bulan Mei 2007, saya diterima masuk ke syarikat Slashes & Dots Sdn Bhd sebagai Web Designer. Syarikat ini tidak terkenal di negara kita, tetapi tidak di US dan UK. Kami menghasilkan extension untuk Joomla! iaitu JomComment, MyBlog, NiceTalk dan JomSocial. Ketika bekerja di sini, banyak benda yang saya belajar. Ini termasuklah konsep MVC, jQuery, CSS Framework, CSS Sprites dan lain lain lagi. Tugas saya di sini lebih kepada User Interface Design, yang mana ia tidaklah semudah yang disangka.

Selepas hampir 2 tahun bekerja di sini, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meneruskan kerjaya saya sebagai freelance web designer lagi. Ini kerana saya ingin menceburi bidang lain yang seperti mendalami WordPress dan Drupal, ataupun membina web application menggunakan CakePHP. Dan dalam masa yang sama juga saya ingin mendalami lagi ilmu mengenai User Interface Design.

Skill

Berikut merupakan skill yang saya ada setakat ini:

Skill Expert Intermediate Beginner
XHTML
CSS
Joomla! template
SMF theme
PHPBB3 theme
jQuery
Adobe Photoshop
CakePHP framework
CodeIgniter framework
Joomla! extensions
WordPress theme
Adobe Illustrator

Hubungi Saya

Anda boleh hubungi saya melalui Skype: syahzul, ataupun hantar email ke syahzul@gmail.com.

Comments are closed.