Lesen GNU GPL, apa yang perlu anda tahu
24 October 2010

Satu ketika dahulu, timbul perbalahan dan isu di antara Joomla! Commercial Developer dengan Joomla! Core Developer apabila pihak OSM yang menjaga kepentingan perisian Joomla! bertindak untuk mengetatkan lesen GNU GPL yang digunakan pada perisian Joomla! itu sendiri. Antara perkara yang menjadi isu ialah semua extensions untuk Joomla! mesti dilesenkan dengan GNU GPL juga. Mana mana extensions yang tidak mempraktikkan lesen ini tidak akan disenaraikan di dalam Joomla! Extensions Directory.
Sepanjang saya bekerja dengan beberapa Joomla! Commercial Developer, saya dapati Joomla! Extensions Directory merupakan satu tempat di mana kebanyakan pengguna Joomla! yang lain tertumpu untuk mencari extension yang sesuai untuk digunakan, tidak kira sama ada yang percuma ataupun yang berbayar. Joomla! Extensions Directory merupakan lubuk emas bagi Commercial Developer, jadi jika extension yang mereka keluarkan tidak tersenarai di sana, bermakna lebih daripada 70% sumber pendapatan mereka boleh terjejas.
Tapi, apa masalahnya dengan lesen GNU GPL? Kenapa timbulnya isu sebegini? Mari kita lihat dengan lebih mendalam isu perlesenan ini di dalam dunia extension Joomla!.
Apakah itu sumber terbuka atau open source?
GNU GPL merupakan satu lesen sumber terbuka yang paling popular digunakan oleh kebanyakan web developer atau web designer. Ia dirangka oleh FSF bertujuan untuk menjaga kepentingan pemilik kod itu, dalam pada masa yang sama menggalakkan perkongsian dengan pihak yang lain.
When we speak of free software, we are referring to freedom, not price. Our General Public Licenses are designed to make sure that you have the freedom to distribute copies of free software (and charge for this service if you wish), that you receive source code or can get it if you want it, that you can change the software or use pieces of it in new free programs; and that you know you can do these things.
Tidak dapat dinafikan ramai yang masih belum faham dengan istilah Open Source atau Sumber Terbuka. Jika ditanya pada 10 orang yang berlainan, 8 daripadanya pasti beranggapan ia adalah perisian percuma, dan mereka tidak perlu membayar untuk mendapatkannya. Dan pemahaman itu adalah salah! Jika kita lihat pada terma GNU GPL, lesen ini menerangkan bahawa ia bukan perisian percuma, tetapi ia perisian bebas; bebas untuk diubahsuai mengikut kesesuaian, bebas untuk diberikan kepada orang lain, dan bebas untuk disalin. Ia bukan percuma! Cuma kebanyakan developer yang mempraktikkan lesen ini memberikannya secara percuma.
Oleh itu, kebanyakan Joomla! Commercial Developer sebelum ini membantah keras isu ini kerana apabila mereka mempraktikkan lesen GNU GPL, ini bermakna sesiapa sahaja yang membeli perisian mereka boleh mengubahsuai, memberikannya kepada orang lain, dan yang paling berat untuk diterima ialah boleh menjual kembali perisian tersebut secara sah. Jika perkara ini berlaku bermakna jualan mereka pastinya akan jatuh merudum.
Contoh ringkas untuk pemahaman yang lebih mendalam; katakan saya membina satu extension untuk Joomla! dan dilesenkan dengan lesen GNU GPL, dan kemudian saya jual dengan harga USD30. Kemudian, salah seorang developer lain yang berminat dengan extension saya itu membelinya (atau mendapatkannya dari sumber yang lain). Setelah melihat potensi extension itu dikembangkan lagi, beliau kemudiannya membuat pengubahsuaian dan kemudian menjualnya dengan harga USD25. Adakah perbuatannya salah di sisi undang undang? Tidak! Dengan syarat extension itu juga mestilah dilesenkan dengan lesen GNU GPL juga.
[pull]Jika kita lihat pada terma GNU GPL, lesen ini menerangkan bahawa ia bukan perisian percuma, tetapi ia perisian bebas; bebas untuk diubahsuai mengikut kesesuaian, bebas untuk diberikan kepada orang lain, dan bebas untuk disalin.[/pull]
Perkara inilah yang menimbulkan isu pada Joomla! Commercial Developer satu ketika dahulu. Tapi, sekuat mana pun perjuangan mereka, tetap tewas dengan pilihan pengguna. Tanpa bantuan daripada traffic dari Joomla! Extensions Directory, sukar untuk menjual extension yang dikeluarkan. Akhirnya satu per satu terpaksa akur, dan mengikut apa yang telah ditetapkan oleh pihak OSM.
Jadi, bagaimana hendak menjana pendapatan dengan GPL?
Kini, jika kita lihat di Joomla! Extensions Directory, kebanyakan model perniagaan yang dipraktikkan oleh kebanyakan developer ialah subscription, yang mana sesiapa yang ingin mendapatkan extension mereka perlulah membayar yuran keahlian. Yuran yang dikenakan ini bukannya untuk extension tersebut, tetapi untuk perkhidmatan mereka.
Antara perkhidmatan yang mereka tawarkan ialah support, atau bantuan teknikal kepada pengguna.Ada yang mahal, dan ada juga yang murah. Ada yang dapat memberikan bantuan yang memuaskan hati dan ada juga yang membuatkan pengguna sakit hati. Semuanya boleh dinilai di Joomla! Extensions Directory. Setiap pengguna yang menggunakan extension mereka akan menulis review di sana, sama ada berpuas hati ataupun tidak. Jadi pengguna lain boleh menilai sama ada extension tersebut berbaloi untuk dibeli ataupun tidak.
Dan ada juga yang menggunakan model perniagaan pay per download, sebagai contoh DOCMan. Anda perlu membayar sejumlah wang untuk mendapatkannya, dan mereka memberi anda 5 kali sahaja jumlah download. Kemudian, jika ingin mendapatkan updates, perlu membayar lagi untuk mendapatkannya.
Kedua dua model perniagaan ini sah di sisi undang undang. Ini merupakan cara untuk mereka menjana pendapatan mereka; membayar kos elektrik, sewa pejabat, bil-bil dan lain lain lagi. Jadi sebaiknya, sokonglah perniagaan mereka jika anda rasakan ianya berbaloi.
Bagaimana dengan Commercial Templates?
Berlainan dengan extensions, template untuk Joomla! boleh mempunyai 2 lesen yang berlainan. Semua kod PHP yang ada di dalam template Joomla! perlu dilesenkan di bawah GNU GPL, dan kod kod lain seperti Javascript dan CSS boleh dilesenkan dengan lesen lain. Ini termasuklah grafik di dalam template tersebut.
Dengan kata lain, untuk extensions anda boleh dapatkannya dari mana mana tempat, dan boleh gunakannya pada mana mana website, tetapi tidak dengan templates. Jangan sesekali gunakan templates yang tidak sah, kerana templates developer mempunyai banyak mata, dan anda boleh didakwa jika tertangkap. Jangan memandang rendah pada isu ini walaupun di negara kita perkara ini seolah olah tidak diambil peduli.
Kesimpulan
Secara ringkasnya, berikut apa yang boleh anda buat dengan extension di bawah lesen GNU GPL.
- Ubahsuai untuk kegunaan sendiri
- Ubahsuai untuk tujuan dijual
- Memberikannya kepada orang lain
- Menjualnya kepada orang lain
- Menggunakannya pada mana mana website tanpa had
Jika anda membuat pengubahsuaian pada extension tersebut, dan ingin menjualnya kepada orang lain ataupun di Joomla! Extensions Directory, anda tidak boleh sama sekali menggunakan sebarang kaedah encryption pada mana mana kod PHP yang terdapat di dalamnya. Ianya bertentangan dengan terma GNU GPL itu. Selain daripada itu, anda bebas melakukan apa sahaja seperti yang tertakluk di dalam lesen GNU GPL.
Rujukan
- http://www.gnu.org/licenses/quick-guide-gplv3.html
- http://en.wikipedia.org/wiki/GNU_General_Public_License
float: right;
padding: 20px;
- Tags: extension, GPL, open source, sumber terbuka
Comments (0)