Selamat datang @font-face, kami dah lama menunggu

welcome @font-faceUntuk seorang designer, penggunaan typography yang menarik akan menghasilkan design yang mengagumkan. Tapi untuk web designer, tak banyak pilihan font yang sesuai untuk digunakan. Arial, Helvetica, Tahoma, Verdana, Georgia, Times New Roman, Comic Sans (ehm…).

Jadi dengan pilihan yang amat terhad ni, kreativiti kita akan tersekat. Tapi sekarang dah ada penyelesaiannya.

Penyelesaian

Penyelesaiannya ialah gunakan CSS image replacement technique atau sIFR. Kemudian muncul pula FLIR dan cufon. Anda boleh tengok perbezaannya di sini.

Tapi kini tidak lagi, dengan @font-face rule yang ada pada CSS3. Kita kini mempunyai banyak pilihan font yang bukan standard untuk kegunaan website kita, tanpa mengorbankan page load yang lama dan juga code validity. Untuk melihat pilihan yang ada (setakat ini), website webfonts.info dan fontsquirrel.com ada senarainya.

Cuma kekurangan teknik ini ialah, hanya modern web browser sahaja yang support. Untuk senarai penuh, sila lihat di sini.

Penggunaan

[cc lang="css"]
@font-face {
font-family: Graublau Sans Web;
src: url(GraublauWeb.otf) format(“opentype”);
}
body {
font-family: ‘Graublau Sans Web’, ‘Lucida Grande’, sans-serif;
}
[/cc]

Tak susah sangat, cuma belum try lagi setakat ini. Siapa yang pernah cuba, please raise your hand :)

Tapi sila semak dahulu lesen untuk setiap font yang ingin anda gunakan. Nak kreatif tu boleh, tapi buat la cara yang betul. Berhati-hati dengan penggunaan yang menyalahi undang-undang.

Suka dengan artikel ini? Kongsi dengan kawan-kawan anda

About Syahril Zulkefli

Freelance Trainer yang mempunyai banyak pengalaman di dalam pembangunan laman web Joomla! dan WordPress, pembangunan aplikasi web menggunakan CakePHP dan CodeIgniter, kini terjebak dengan pembangunan Mobile Application. Menjadi trainer untuk JomTraining dan juga OSDCMY Sdn Bhd dan pernah menjalankan training untuk JPA, AMDI-USM, Politeknik Negeri Sembilan, IKIM, Politeknik Dungun dan lain lain agensi swasta.
Kategori: CSS, Tag: .
  • http://www.chekwan.com chekwan

    Salam bro syazul.. chekwan sini.. ape name fonts yang bro tunjukkan tu.. da try cary kt internet..tp tak jumpe..

    • http://www.chekwan.com chekwan

      da jumpa… sorry tak perasan ada nama fonts tu kt atas.. FFF Tusj ;)

  • http://www.syahzul.com syahzul

    FFF Tusj, boleh download dari sini: http://www.dafont.com/fff-tusj.font

    • http://www.chekwan.com chekwan

      ok terima kasih.. da jumpa.. :) btw..nice blog..da lama tunggu..tp before this xde contents lg..

      yg saya punya tak tahu bile bleh siap..hahaha..

      • http://www.syahzul.com syahzul

        takpe pelan pelan kayuh, aku ni pun try pakai wordpress plak, boring la asyik joomla aje

  • http://www.ghazalitajuddin.com gezzeg

    good info bro! tqvm!