Untuk seorang designer, penggunaan typography yang menarik akan menghasilkan design yang mengagumkan. Tapi untuk web designer, tak banyak pilihan font yang sesuai untuk digunakan. Arial, Helvetica, Tahoma, Verdana, Georgia, Times New Roman, Comic Sans (ehm…).
Jadi dengan pilihan yang amat terhad ni, kreativiti kita akan tersekat. Tapi sekarang dah ada penyelesaiannya.
Penyelesaian
Penyelesaiannya ialah gunakan CSS image replacement technique atau sIFR. Kemudian muncul pula FLIR dan cufon. Anda boleh tengok perbezaannya di sini.
Tapi kini tidak lagi, dengan @font-face rule yang ada pada CSS3. Kita kini mempunyai banyak pilihan font yang bukan standard untuk kegunaan website kita, tanpa mengorbankan page load yang lama dan juga code validity. Untuk melihat pilihan yang ada (setakat ini), website webfonts.info dan fontsquirrel.com ada senarainya.
Cuma kekurangan teknik ini ialah, hanya modern web browser sahaja yang support. Untuk senarai penuh, sila lihat di sini.
Penggunaan
[cc lang="css"]
@font-face {
font-family: Graublau Sans Web;
src: url(GraublauWeb.otf) format(“opentype”);
}
body {
font-family: ‘Graublau Sans Web’, ‘Lucida Grande’, sans-serif;
}
[/cc]
Tak susah sangat, cuma belum try lagi setakat ini. Siapa yang pernah cuba, please raise your hand :)
Tapi sila semak dahulu lesen untuk setiap font yang ingin anda gunakan. Nak kreatif tu boleh, tapi buat la cara yang betul. Berhati-hati dengan penggunaan yang menyalahi undang-undang.