Typography tools untuk designer

typography samplePenggunaan typography merupakan salah satu aspek yang amat penting untuk sesuatu rekabentuk. Jika ianya digunakan dengan betul, sesuatu rekabentuk itu mampu untuk menarik perhatian dan juga menghasilkan emosi kepada orang lain.

Kali ini saya nak kongsi senarai online tools yang dapat membantu kita dalam pemilihan typography yang bersesuaian.

Common FontsCommon font

Di sini anda boleh buat perbandingan font-family yang digunakan di platform Windows dan Mac.

CSS TypesetCSSTypeSet

Di sini anda boleh bermain dengan teks yang ingin digunakan  dan mereka akan hasilkan kod CSS untuk kita.

Designer Playthingdesignerplaything

Seperti juga CSS Typeset, Designer Plaything memberi kebebasan untuk kita menghasilkan idea sendiri untuk penggunaan font dan juga warna. Setiap  perubahan yang kita lakukan, hasilnya dapat dilihat pada halaman yang sama.

Fontifierfontifier

Fontifier pula mampu menghasilkan font daripada tulisan tangan kita sendiri dan boleh digunakan pada mana-mana perisian.

Fontstructorfontstruct

Halaman web ini menawarkan perisian untuk penghasilan font anda sendiri secara percuma! Ia juga amat mudah untuk digunakan.

Font Burnerfontburner

Di halaman web ini,kita boleh pilih dari senarai font yang anda ingin gunakan di dalam halaman web kita.

Font Pickerfont-picker

Font Picker pula akan menggunakan semua font yang ada pada komputer kita dan memaparkannya pada page mereka. Ini memudahkan kita melihat hasilnya pada paparan web browser. Dengan kata lain, online font browser.

Font Testerfonttester

Fungsi yang sama seperti Font Picker di atas tetapi dengan tambahan Charapter Map dan juga keupayaannya memilih layout untuk teks.

Identifontidentifont

Jika kita tidak dapat mengenalpasti jenis font tertentu, fungsi yang ditawarkan di website ini mungkin dapat membantu kita.

Typecharttypechart

Di website ini kita boleh membuat eksperimen dengan penggunaan font yang berlainan pada platform Windows dan Mac. Kod CSS akan dihasilkan untuk setiap eksperimen dan boleh kita gunakan pada website kita.

WhatTheFontwhatthefont

Mempunyai fungsi yang sama seperti Identifont, cuma kita boleh upload gambar yang mempunyai font yang kita mahukan dan website ini akan mencarinya di dalam database mereka.

About syahzul

I have solid knowledge of XHTML (standards compliance and basic accessibility), Cascading Style Sheets (CSS) and Javascripts. Good knowledge of Adobe Photoshop, Adobe Dreamweaver, Adobe Illustrator, Adobe Flash, Aptana IDE. Expert in Joomla! templating and browser compatibility issues. I've been designing professional websites since 2003.

2 komen setakat ini.

  1. Reply

    nak tanya sikit…

    bagaimana pula dengan font arabic

    sebab sebelum ni banyak guna komputer yang tak support arabic font.

    ada yang install ke sistem tapi tak dapat guna

    boleh tunjuk ajar tak

    tq

    Komen oleh jabar, pada November 10, 2009 at 2:15 pm
  2. Reply

    sorry lambat reply. Tak pernah try lagi dgn RTL font ni, sepatutnya gunakan cara yang sama dah boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv Enabled