
Kerja seorang freelance web designer memerlukan storage tambahan untuk membawa bersama materials (stock photos, icons, fonts etc) yang diperlukan ke mana mana.Sebelum ini, external HDD adalah penyelesaian yang paling mudah. Tapi, oleh kerana saiz yang agak besar, nak membawanya ke mana mana merupakan satu masalah bagi saya. Adakalanya masa nak jumpa client, terlupa nak bawak. Hmm, faham faham sendiri la kan…
Satu lagi kelemahan external storage ni, tak kira external HDD atau pen drive ialah iaitu kena backup manually. Dan backup pula dalam PC juga, ini akan menyebabkan redundant files yang berleluasa. Penggunaan disk space semakin tinggi. Adakah kena beli storage tambahan, contohnya Synology? Nope, ada solution lain yang lebih baik dan free; Dropbox.
Dropbox merupakan satu lagi perkhidmatan yang offer storage untuk simpan file kita di Internet dan boleh di access dari mana mana komputer, dengan syarat kena install software yang disediakan terlebih dahulu. Tujuannya untuk membolehkan setiap komputer melakukan sync semua file yang kita simpan di dalam akaun kita. Jadi tak perlu risau ada file yang tertinggal. Hanya satu tempat simpanan file kita, dan boleh di aksess dari mana mana komputer lain. Hebat kan?
Selain daripada itu, terdapat fungsi revision untuk setiap file, atau dengan ayat yang lebih mudah ialah Undo. Seandainya anda membuat pengubahsuaian pada file tertentu, kemudian terasa pengubahsuaian tersebut useless, boleh revert ke revision sebelumnya. Tak perlu risau tentang data hilang lagi. Memang hebat!
Kita boleh setkan file mana yang akan ditunjukkan kepada public, dan mana yang Private. Hanya asingkan di dalam folder yang disediakan, itu sahaja. Tengok satu senario, katakan Kaoru ingin share satu folder assignment dengan kawannya iaitu Miki dan Ayaka. Setiap orang akan membuat installation Dropbox ini di dalam komputer masing masing. Selepas itu, Kaoru akan menghantar invitation yang dibuat daripada control panel Dropbox kepada 2 kawannya. Selepas selesai, setiap komputer akan mempunyai file yang sama antara satu sama lain. Ohh, lupa nak bagitahu, Dropbox ni compatible dengan Windows, Mac, Linux dan juga iPhone.
Dropbox menawarkan beberapa pakej untuk kita, tapi biarlah guna yang free sahaja. Cuma space yang ditawarkan tidak terlalu besar, cuma 2GB. Tapi jika anda spam kawan kawan anda untuk gunakan perkhidmatan ini, setiap seorang anda akan diberikan space 250MB percuma. Tapi maksimum 3GB sahaja. Tapi setakat ini itupun dah lebih dari mencukupi. Dropbox menyediakan link referral (seperti yang saya lakukan ni) untuk anda semua, jadi anda boleh dapatkan maksimum 5GB untuk akaun free anda. Kalau masih tak mencukupi, pakej paling murah hanyalah USD9.99 sebulan sahaja.
Kesimpulannya, untuk orang yang bekerja freelance seperti saya, adakalanya menggunakan PC dan ada masanya gunakan laptop, Dropbox merupakan satu penyelesaian yang paling memuaskan hati. Tak perlu fikir untuk sync file antara PC dan laptop lagi, semuanya berjalan secara automatik. Memang berbaloi untuk digunakan.


wah info yan menarik…
rabun´s last blog ..BUKTI CINTAKU!
hoho…
boleh try nnt… 3 GB tu besar tu.. rase cam bawak penD ke mane2 sahaja…
haha..
Pisyek´s last blog ..Ebook Panduan Asas Joomla!
@rabun: thank u!
@Pisyek: ya memang best! cuma kalau ikutkan 3GB pun belum cukup lagi tu… banyak benda yang kena asingkan, 1 artwork kadang2 200MB lebih.
rasanya tips ni setakat nak tinggalkan pendrive je
kalau ada online storage 300GB baru boleh tinggalkan external
imran´s last blog ..Dividen 700%
terpulang kepada individu tu berapa banyak storage yang diperlukan jugak, pada aku 3GB pun dah mencukupi rasanya
, setakat utk save artwork untuk client aje la… kalau nak lebih kena purchase premium nampaknya.
Saya sudah ambil pakej bayaran bulanan untuk Dropbox, cuma USD9.95 sahaja, murah dan berbaloi.
menj´s last blog ..Remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis