Wallpaper Doa Penerang Hati

Wallpaper Doa Penerang Hati

Sempena tahun baru Hijrah 1433 ini, tergerak dalam hati ini untuk mengamalkan doa-doa yang sesuai sebelum dan selepas sesi kursus yang akan saya jalankan nanti. Bermulalah misi saya pun mengumpulkan doa-doa yang sesuai untuk dihafal dan difahami maksudnya. Bagi memudahkan diri ini (yang mudah lupa) untuk sentiasa mengamalkannya, saya rasa adalah lebih baik jika saya jadikan doa-doa ini dalam bentuk wallpaper komputer.

Dengan adanya doa-doa ini dalam bentuk wallpaper, saya boleh gunakan wallpaper changer untuk tukar wallpaper komputer saya secara automatik. Jadi setiap masa boleh tengok dan baca doa yang berlainan. Cuma baru dapat buat satu doa sahaja buat masa ini iaitu doa penerang hati, diambil dari Surah Taahaa, ayat 25 hingga 28.

Saya share juga untuk sesiapa yang berminat, tapi design yang simple sahaja, sebab pada saya yang penting adalah doa yang diperlukan serta terjemahannya untuk memudahkan saya menghafal dan memahami maksud doa tersebut. Anda boleh muat-turun wallpaper yang terdiri dari 4 saiz dan 4 warna yang berbeza dari link di bawah ini.

Wallpaper Doa Penerang Hati - Merah 1920×1280
1440×900
1280×1024
1280×960
Wallpaper Doa Penerang Hati - Oren 1920×1280
1440×900
1280×1024
1280×960
Wallpaper Doa Penerang Hati - Biru 1920×1280
1440×900
1280×1024
1280×960
Wallpaper Doa Penerang Hati - Hijau 1920×1280
1440×900
1280×1024
1280×960

p/s: Kalau nak download, boleh right click kat link kat atas ni, dan pilih Save Link As, lebih mudah dan cepat.

Sekiranya anda nampak terdapat kesilapan, diminta agar dapat memberitahu saya secepat mungkin supaya saya dapat betulkannya. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada orang lain juga. Amin.

Kredit:

  1. Arabic Font in Microsoft Word
  2. Doa penerang hati

Suka dengan artikel ini? Kongsi dengan kawan-kawan anda

About Syahril Zulkefli

Freelance Trainer yang mempunyai banyak pengalaman di dalam pembangunan laman web Joomla! dan WordPress, pembangunan aplikasi web menggunakan CakePHP dan CodeIgniter, kini terjebak dengan pembangunan Mobile Application. Menjadi trainer untuk JomTraining dan juga OSDCMY Sdn Bhd dan pernah menjalankan training untuk JPA, AMDI-USM, Politeknik Negeri Sembilan, IKIM, Politeknik Dungun dan lain lain agensi swasta.
Kategori: Freebies.
  • AbdMalib Ludin

    Terima kasih sahabat…Moga terus diberikan semangat dan dirahmatiNya….

  • nett

    Ya Allah Ya Tuhanku… murahkanlah rezeki saudara syahrul ini. Amiiinnn

    • http://www.syahzul.com Syahril Zulkefli

      amiinn…

  • http://www.hadirofiee.com/ Hadi Rofiee

    Assalam. Terima kasih kerana berkongsi.

    Namun seperti terdapat sedikit masalah: page not found?

    • http://www.syahzul.com Syahril Zulkefli

      kat mana yang page not found tu ya? saya check semua wallpaper boleh view.

  • Prosailang

    thanks bro !!