Training Joomla! di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun

Pada 15 – 17 Mac 2010 yang lepas, saya dan Shaiffulnizam telah selamat menjalankan Kursus Pembangunan Halaman Web Menggunakan Joomla! di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Seramai 25 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kursus ini, dan kesemuanya adalah lecturer (rasanya).

Sambutan yang diberikan amat menggalakkan, dan mereka juga tak segan untuk bertanya apa yang mereka kurang faham. Walaupun pada hari pertama ramai lagi yang masih malu malu dengan kami :P

Pada hari pertama, kami menerangkan tentang asas Joomla!, configurations, apa itu sections dan category, articles dan lain lain lagi. Peserta banyak didedahkan kepada konsep CMS pada Joomla! seperti penggunaan sections dan categories untuk isi kandungan, penggunaan menu items dan lain lain lagi.

Hari kedua pula, peserta mula mengenali apa itu extensions; components, modules dan plugins. Mereka didedahkan kepada cara pemasangan extensions dan juga penggunaan Docman. Tapi sayangnya kami tak dapat nak sediakan cara cara bagaimana membina forms dengan component yang kami sertakan.

Dan pada hari terakhir, kami mula masuk ke bahagian yang lebih advanced; penggunaan menu assignment untuk modules, penggunaan lebih dari satu templates dalam Joomla!, asas template override dan menambah module positions pada template. Tapi ternyata bahagian ini terlalu advanced untuk peserta yang tiada asas programming. Namun mereka masih berusaha bersungguh sungguh untuk mempelajari apa yang kami tunjukkan.

KESIMPULAN

Kami amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan PSMZA, terutama sekali kepada En. Uzzir dan juga Cik Lida yang banyak membantu kami. Para peserta juga memberikan kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya kursus ini.

KUNJUNGAN PERTAMA KE TERENGGANU

Ini merupakan kunjungan kali pertama saya ke negeri Terengganu. Suasana tepi pantai membuatkan saya teringat kepada Langkawi. Dan yang tak boleh dilupakan ialah makan ICT (Ikan Celup Tepung) di kedai Pink. Perghhh!

Sebelum saya balik ke Selangor, saya bermalam di rumah keluarga Shaifful. Sampai aje rumah terus terlentang. Penat! Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Pagi esoknya, sempat singgah di Masjid Kristal di pekan Kuala Terengganu. Sempat juga borong keropok lekor bawak balik. Dan tepat pukul 10 pagi bas Express Sani bertolak balik ke Shah Alam.

Terima kasih kepada semua terutama kepada Shaifful yang memberi peluang kepada saya menimba pengalaman sebagai trainer, kepada Uzzir dan Lida yang banyak memberikan bantuan mereka sepanjang kami berada di sana, dan kepada semua peserta yang bersungguh sungguh belajar Joomla! dan memberikan kerjasama dan tumpuan sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga kita dapat berjumpa lagi di tahun depan.

Tags:

About syahzul

I have solid knowledge of XHTML (standards compliance and basic accessibility), Cascading Style Sheets (CSS) and Javascripts. Good knowledge of Adobe Photoshop, Adobe Dreamweaver, Adobe Illustrator, Adobe Flash, Aptana IDE. Expert in Joomla! templating and browser compatibility issues. I've been designing professional websites since 2003.

15 komen setakat ini.

  1. Reply

    salam,bro syahzul adess ayie baru tahu poli dungun dekat dengan kawasan ayie menyesal2 x tahu pasal training joomla :(

  2. Reply

    saya juga pernah trained 2 org pelajar PSMZA pada tahun 2009 mengenai Joomla sepanjang mereka praktikal di tempat kerja saya dulu.

    tak tahu diorang ade join ke tak utk training yg bro buat nih.. :)

    Komen oleh chekwan, pada March 21, 2010 at 2:58 am
  3. Reply

    Salam’alaik, cik Syahzul, biasa berapa payment utk training Joomla?

    Komen oleh Faiz, pada March 22, 2010 at 4:16 pm
  4. Reply

    gambar dah ready..mana nak upload?

    Komen oleh uzey, pada March 28, 2010 at 1:57 pm
  5. Reply

    Salam,

    Tahniah bro, semoga hidup freelance. Teruskan usaha anda, somaga berjaya.
    .-= Md Amir Md Yusof´s last blog ..Reka Bentuk Laman Web =-.

  6. Reply

    ICT..wakakaka…. ikang celup tepung..
    abbr yang comel tu.. lepas ni bleh la guna ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>