Training Joomla! di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun

Pada 15 – 17 Mac 2010 yang lepas, saya dan Shaiffulnizam telah selamat menjalankan Kursus Pembangunan Halaman Web Menggunakan Joomla! di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu. Seramai 25 orang peserta telah mengambil bahagian dalam kursus ini, dan kesemuanya adalah lecturer (rasanya).

Sambutan yang diberikan amat menggalakkan, dan mereka juga tak segan untuk bertanya apa yang mereka kurang faham. Walaupun pada hari pertama ramai lagi yang masih malu malu dengan kami :P

Pada hari pertama, kami menerangkan tentang asas Joomla!, configurations, apa itu sections dan category, articles dan lain lain lagi. Peserta banyak didedahkan kepada konsep CMS pada Joomla! seperti penggunaan sections dan categories untuk isi kandungan, penggunaan menu items dan lain lain lagi.

Hari kedua pula, peserta mula mengenali apa itu extensions; components, modules dan plugins. Mereka didedahkan kepada cara pemasangan extensions dan juga penggunaan Docman. Tapi sayangnya kami tak dapat nak sediakan cara cara bagaimana membina forms dengan component yang kami sertakan.

Dan pada hari terakhir, kami mula masuk ke bahagian yang lebih advanced; penggunaan menu assignment untuk modules, penggunaan lebih dari satu templates dalam Joomla!, asas template override dan menambah module positions pada template. Tapi ternyata bahagian ini terlalu advanced untuk peserta yang tiada asas programming. Namun mereka masih berusaha bersungguh sungguh untuk mempelajari apa yang kami tunjukkan.

KESIMPULAN

Kami amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan PSMZA, terutama sekali kepada En. Uzzir dan juga Cik Lida yang banyak membantu kami. Para peserta juga memberikan kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya kursus ini.

KUNJUNGAN PERTAMA KE TERENGGANU

Ini merupakan kunjungan kali pertama saya ke negeri Terengganu. Suasana tepi pantai membuatkan saya teringat kepada Langkawi. Dan yang tak boleh dilupakan ialah makan ICT (Ikan Celup Tepung) di kedai Pink. Perghhh!

Sebelum saya balik ke Selangor, saya bermalam di rumah keluarga Shaifful. Sampai aje rumah terus terlentang. Penat! Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Pagi esoknya, sempat singgah di Masjid Kristal di pekan Kuala Terengganu. Sempat juga borong keropok lekor bawak balik. Dan tepat pukul 10 pagi bas Express Sani bertolak balik ke Shah Alam.

Terima kasih kepada semua terutama kepada Shaifful yang memberi peluang kepada saya menimba pengalaman sebagai trainer, kepada Uzzir dan Lida yang banyak memberikan bantuan mereka sepanjang kami berada di sana, dan kepada semua peserta yang bersungguh sungguh belajar Joomla! dan memberikan kerjasama dan tumpuan sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga kita dapat berjumpa lagi di tahun depan.

Suka dengan artikel ini? Kongsi dengan kawan-kawan anda

About Syahril Zulkefli

Freelance Trainer yang mempunyai banyak pengalaman di dalam pembangunan laman web Joomla! dan WordPress, pembangunan aplikasi web menggunakan CakePHP dan CodeIgniter, kini terjebak dengan pembangunan Mobile Application. Menjadi trainer untuk JomTraining dan juga OSDCMY Sdn Bhd dan pernah menjalankan training untuk JPA, AMDI-USM, Politeknik Negeri Sembilan, IKIM, Politeknik Dungun dan lain lain agensi swasta.
Kategori: Joomla!, Tag: .
  • http://ayieblog.frenzyfm.my/blog/v1 AyieBlog

    salam,bro syahzul adess ayie baru tahu poli dungun dekat dengan kawasan ayie menyesal2 x tahu pasal training joomla :(

    • http://www.syahzul.com syahzul

      training ni utk lecturer diorang, untuk buat website unit mereka. kira bukan terbuka utk org awam la.

      • http://ayieblog.frenzyfm.my/blog/v1 AyieBlog

        adess kenapa x buat untuk orang awam :( mana tahu kan kat kolej ayie nak buat laman web boleh ayie perkenalan joomla :(

    • http://www.syahzul.com syahzul

      sbb yg ni PSMZA tu sendiri yang mintak buat training. utk org awam tu insya Allah akan datang, cuma belum dapat cakap bila :)

  • chekwan

    saya juga pernah trained 2 org pelajar PSMZA pada tahun 2009 mengenai Joomla sepanjang mereka praktikal di tempat kerja saya dulu.

    tak tahu diorang ade join ke tak utk training yg bro buat nih.. :)

    • http://www.syahzul.com syahzul

      ini untuk lecturer sahaja :)

  • Faiz

    Salam’alaik, cik Syahzul, biasa berapa payment utk training Joomla?

    • http://www.syahzul.com syahzul

      depends berapa orang dan nak ambik pakej yang mana. kalau nak sebutharga, saya akan hantar ke email.

      • Faiz

        ok boleh, berikan kpd saya sebut harga ke emel saya mrfaizz@gmail.com

        • http://www.syahzul.com syahzul

          saya akan hantar secepat yang mungkin. maaf, minggu ni agak sibuk dengan kerja luar.

  • uzey

    gambar dah ready..mana nak upload?

  • http://www.malaysiadesigner.com Md Amir Md Yusof

    Salam,

    Tahniah bro, semoga hidup freelance. Teruskan usaha anda, somaga berjaya.
    .-= Md Amir Md Yusof´s last blog ..Reka Bentuk Laman Web =-.

  • http://www.masokis.com masokis

    ICT..wakakaka…. ikang celup tepung..
    abbr yang comel tu.. lepas ni bleh la guna ;)

    • http://www.syahzul.com syahzul

      haha memang pun

  • http://fahmiibrahim.com fahmi ibrahim

    ICT kat kedai pink memang best! hehe.. dungun my hometown. :D Lama dah tinggal joomla. Jumpa kejap je dulu, tapi tak pernah nak mendalami. Sekarang ni duk guna wordpress je.

  • http://blog.balootisme.com Baloot

    Bro, senaraikan sedikit sebanyak modul yang diajar utk Joomla tu. Hantar dekat email pun boleh. Sebab ada company yang nak panggil aku utk ajar Joomla,tapi aku tolak sebab tak cukup masa nak pegi keje2 luar ni. Kalau bro boleh bgtau apa modul2 yang bro ajar utk training Joomla tu,boleh aku pass kat bro. Mungkin akan ke Sabah/Sarawak jugak utk ajar cikgu2 sekolah kat sana. Hehe..

    • http://www.syahzul.com syahzul

      insya Allah, aku cuba usahakan. sekarang ni tgh sibuk sangat2, takut tak sempat nak buat.