
Pertama sekali bila ternampak email ini dalam Spam folder, rasa nak gelak guling guling. Sebabnya, saya tak pernah bukak pun akaun di Public Bank. Dan disebabkan perasaan ingin tahu yang meluap luap, saya cuba buka email tadi. Nampaknya mereka dah semakin pandai (berbanding sebelum ini), sekarang dah pakai screenshot utk message yang dihantar. Jadi boleh letak URL PBeBank yang betul pada gambar tu, tapi link ke address lain. Jadi kebarangkalian orang tertipu naik 2% (rasanya).
Dan pada akhir email tu boleh ugut lagi, “Jika anda tidak membuka akaun Public Bank anda dalam masa 24 jam berikutnya, akaun anda akan dibuang dari sistem kami.” Fuyooo!! Ganasnya! Bank boleh sesuka hati tutup akaun pelanggan hanya disebabkan tak login.

Saya tahu benda ni menipu, cuma tengok pada logik message yang dihantar pun dah tau ia adalah SCAM! Tak real langsung. Dan kenapa la nak buat kerja macam ni, kalau dah terer sangat buat sistem yang boleh tipu orang, baik buat sistem yang boleh membantu orang pulak. Dan jual. Dapat juga duit yang halal.
Cuma ada satu part yg betul betul buat saya gelak berguling, “Kami mohon maaf atas ketidaknyamanan yang ditimbulkan.”. Ketidaknyamanan? Pertama kali dengar perkataan ini digunakan. Ada ke orang kita yang guna perkataan ini? Ataupun saya ni yang tak ikut perkembangan semasa bahasa ibunda ini?
Apapun, saya menasihatkan anda semua supaya berhati hati dengan email scam seperti ini. Kalau boleh gunakan email provider yang bagus, contohnya GMail. Ada masanya kita terleka dan mungkin terkena jerat yang dipasang.
Dan kepada yang suka buat kerja macam ni, please stop it. Tak ada faedah buat kerja macam ni, buat orang kutuk dan maki aje. Hidup takkan tenang selamanya. Antara tempat yang boleh cari extra income untuk yang mahir dengan graphic design ialah ThemeForest untuk jual design di sana, ataupun CodeCanyon untuk jual scripts. Lebih bermakna hasilnya.