Selamat jalan IE6! May you rest in peace…

No more IE6 pleaseKalau boleh saya nak jerit keseronokan bila semua web surfer dah upgrade web browser diorang. Tapi, unfortunately, ada lagi yang masih gunakan crappy web browser ni. Ada ramai lagi web designer yang buat design pada IE6 sahaja.

Dah banyak website yang buat kempen untuk ‘membanteras’ penyebaran IE6 nie, dan banyak jugak website yang menyebarkan ‘ubat’ atau ‘penawar’ untuk IE6 ni. Jadi semuanya tak ke mana. Kebanyakan web surfer ni kalau dia tgk benda tu OK pada mata dia, dapat berfungsi dengan betul, jangan harap la dia nak tukar.

Tapi benda ni menimbulkan masalah pada web designer. Dah la kena tulis kod yang compatible dengan Firefox, Chrome, Safari, Opera dan IE7+, ni kena carik solution untuk IE6 pulak. Haih! Speechless.

Di CatsWhoCode, diorang ada buat satu post yang senaraikan lebih daripada 15 website yang kesemuanya memberikan fakta kenapa perlu tukar IE6. Dan untuk anda semua yang masih gunakan IE6 ni, silalah baca kesemua, untuk pengetahuan anda sendiri.

Suka dengan artikel ini? Kongsi dengan kawan-kawan anda

About Syahril Zulkefli

Freelance Trainer yang mempunyai banyak pengalaman di dalam pembangunan laman web Joomla! dan WordPress, pembangunan aplikasi web menggunakan CakePHP dan CodeIgniter, kini terjebak dengan pembangunan Mobile Application. Menjadi trainer untuk JomTraining dan juga OSDCMY Sdn Bhd dan pernah menjalankan training untuk JPA, AMDI-USM, Politeknik Negeri Sembilan, IKIM, Politeknik Dungun dan lain lain agensi swasta.
Kategori: Software, Tag: .