
Sekiranya anda mempunyai domain sendiri, anda boleh menambah subdomain yang anda mahukan, bergantung kepada berapa banyak yang web hoster beri. Kebiasaannya jumlah subdomain adalah unlimited. Pada setiap subdomain, anda boleh install apa sahaja script yang anda mahukan; WordPress, Joomla!, Drupal, PHPBB dan lain lain.
Dan subdomain yang anda create itu sebenarnya boleh di host di server yang lain, bukan setakat pada server yang anda gunakan sahaja. Kurang faham? Mari tengok contoh.
Saya mempunyai 2 web server, dan maklumatnya seperti di bawah.
Server A
Domain: syahzul.com
Web hoster: ABC Host, US
IP Address: 111.333.444.555
Server B
Domain: syahzul.net
Web hoster: DEF Host, Malaysia
IP Address: 333.555.666.777
Nota: Maklumat di atas adalah dummy data sahaja.
Apa yang ingin saya lakukan ialah, saya ingin host subdomain project.syahzul.com di Server B. Berikut adalah langkah langkah yang saya lakukan.
Server A
Pada server A, di control panel DirectAdmin, saya pergi ke DNS Management.

Kemudian, pada bahagian bawah page tersebut, saya masukkan data yang diperlukan.

1. Masukkan subdomain yang ingin digunakan, saya ingin gunakan project.syahzul.com, jadi saya hanya masukkan project sahaja di dalam text box itu.
2. Masukkan IP address server ke 2.
Server B
Pada server B pula, saya hanya perlu add project.syahzul.com sebagai domain baru. Masuk ke dalam DirectAdmin server B, pilih Domain Setup.

Kemudian, pada page seterusnya, saya pergi ke Add Another Domain.

Seterusnya, saya masukkan subdomain project.syahzul.com pada text box Domain.

Sekarang, jika saya kembali ke Home pada DirectAdmin server B, subdomain project.syahzul.com sudahpun berada di dalam senarai. Jika saya click pada subdomain tersebut, saya boleh manage macam domain yang lain seperti tambah FTP akaun, tambah database dan lain lain lagi.
Selamat mencuba!
Nota lagi:
Kaedah ini hanya untuk sesiapa yang menggunakan DirectAdmin pada web server. Untuk cPanel, rasanya agak sukar kerana biasanya cPanel tidak sertakan DNS management.
apa beza Cpanel dengan direct admin?
cPanel lebih popular, dan kalau ikutkan lebih power dari directadmin. cuma aku kurang suka cPanel sbb:
1. berat
2. tak include DNS management
directadmin lebih simple. check demo ni:
cPanel : http://x3demob.cpx3demo.com:2082/login/?user=x3demob&pass=x3demob
directadmin: http://www.directadmin.com:2222/ (login: demo_user password: demo)
unfortunately my directadmin hosting with IPServerOne doesn’t include DNS Management.
irwan´s last blog ..What’s up with me now
owh too bad
tak pernah tau pulak diorang exclude benda tu
Cool post there, Syah! I use lots of cPanel and didnt realise it doesnt have DNS Management! LOL.. But, cPanel can allow you to add unlimited sub-domains lah..
Ndmervin´s last blog ..5 reasons to get a Suzuki Swift now
i use cpanel before and every time i want to add name CNAME record i have to email support team, and it took minimum 2 days. that’s why i change to directadmin. about the subdomain, it depends on your web hoster actually.
Duk google FYP.. jumpa site ni..

nice share… trik ni ada kaitan DNS hijjack
masokis´s last blog ..Info – BackTrack 4 R1 – Public Release
cool bro… sy juga pengguna DA.. memang lebih simple but powerfull..
Cpanel vs DA, DA is the best. Sy juga berkongsi cara menggunakan DA untuk semua. Nice sharing..
solehpolysas´s last blog ..Subdomain Redirect di Hosting DirectAdmin
boleh sarankan mana-mana hosting yang gunakan DirectAdmin tak…nak cuba try..
Omar´s last blog ..Tawaran Hosting dan Domain – PERCUMA
try IpServerOne, setakat ni tak mengecewakan lagi service diorang.
Can I use some excerpts of this info for my reports, I will provide a link back to you, let me know please
feel free to do so, backlink is optional.
Bagi aku, CPanel lebih advance berbanding DirectAdmin, tapi depends pada hoster korang la, CPanel/WHM aku, siap leh set wildcard dns lagik.. Kalau nak transfer hosting CPanel ke CPanel pun mudah.. CPanel akan uruskan semuanya dari pemindahan fail, database dan convert DB… Hoster selalunya limitkan CPanel punya functions sebab CPanel ni kuat mentekedarah memory dan CPU…