
Jika anda mempunyai domain sendiri, sudah tentu anda juga mempunyai web hosting. Dan pada setiap web hosting kebiasaannya ada menawarkan email untuk domain anda. Tetapi tahukah anda bahawa ruangan untuk setiap email itu dalam lingkungan 2GB sahaja? Dan seandainya web hosting anda down, anda tidak boleh access email anda tadi. Untuk sesuatu organisasi yang bergantung penuh kepada email, hal sebegini tidak boleh diterima sama sekali. Tapi, tahukah anda yang kita boleh gunakan Gmail untuk email kita dan boleh menggunakan domain kita sendiri?
Google menawarkan satu set aplikasi web yang mana boleh kita gunakan pada domain kita, secara percuma. Antara aplikasi yang boleh kita gunakan dan datang dalam satu pakej ialah Gmail, Calendar, Docs dan juga Sites. Ini bermakna, anda bukan sahaja boleh gunakan email tetapi juga aplikasi lain seperti Google Docs yang boleh menggantikan aplikasi Microsoft Office atapun Open Office. Dan ianya percuma!
Mari saya tunjukkan bagaimana caranya untuk anda gunakan perkhidmatan percuma dari Google ini pada domain anda.
Keperluan
- Domain name
- FTP access ke web hosting anda
- cPanel atau DirectAdmin pada web hosting anda
Langkah 1

Masuk ke halaman web Google Apps Standard Edition ini. Klik pada butang Get Started.
Langkah 2

Pilih Administrator: I own or control this domain daripada pilihan yang ada, kemudian masukkan nama domain anda dan tekan butang Get Started.
Langkah 3

Isikan maklumat yang diperlukan pada halaman seterusnya.
Langkah 4

Isikan maklumat akaun Administrator. Akaun ini merupakan akaun utama yang akan digunakan untuk menambah pengguna email anda nanti. Sebaiknya akaun ini adalah akaun yang akan anda gunakan nanti.
Langkah 5

Pilih kaedah untuk megesahkan domain anda. Untuk cara yang mudah, saya galakkan anda pilih Upload an HTML file to … untuk tujuan ini.
Langkah 6

Pada paparan seterusnya, Google akan memberikan anda satu kod unik untuk pengesahan domain anda. Buka Notepad atau Wordpad, salin kod yang diberikan itu dan save file tersebut sebagai googlehostedservice.html. Ketika hendak save file tersebut, pastikan anda pilih Save as type: All Files (*.*). Jika sudah selesai, tekan butang I’ve completed the steps above.
Langkah 7

Gunakan FTP client yang sesuai seperti FileZilla untuk upload file tadi ke folder /public_html di web hosting anda. Sekarang, jika anda tengok Dashboard Google Apps anda, boleh dikatakan kesemua aplikasi masih belum aktif. Ini kerana Google mengambil masa sehingga 48 jam untuk untuk membuat pengesahan pada domain anda.Kita teruskan ke langkah seterusnya terlebih dahulu sementara menunggu Google menjalankan tugasnya.

Langkah 8
Untuk membolehkan semua email yang dihantar ke domain kita masuk ke Google Apps, kita perlu aktifkan aplikasi ini. Klik pada Activate email pada Dashboard Google Apps kita. Google ada menerangkan cara bagaimana kita boleh tukar MX Records pada web hosting kita. Di sini saya sertakan dua cara di sini, satu untuk pengguna cPanel dan satu lagi untuk DirectAdmin.
| MX Server address | Priority |
|---|---|
| ASPMX.L.GOOGLE.COM. | 10 |
| ALT1.ASPMX.L.GOOGLE.COM. | 20 |
| ALT2.ASPMX.L.GOOGLE.COM. | 20 |
| ASPMX2.GOOGLEMAIL.COM. | 30 |
| ASPMX3.GOOGLEMAIL.COM. | 30 |
| ASPMX4.GOOGLEMAIL.COM. | 30 |
| ASPMX5.GOOGLEMAIL.COM. | 30 |
cPanel
Pada bahagian Mail, klik pada link MX Entry.

Delete semua record yg ada, dan kemudia tambah mengikut jadual di atas.

DirectAdmin
Pada bahagian Email Management, klik di MX Records.

Kemudian, padam semua record yang sedia ada, dan tambahkan record baru berdasarkan jadual di atas tadi. Tambah sebanyak yang mungkin.

Setelah selesai, kembali pada Google akan memeriksa MX Records ini, dan ianya mengambil masa sehingga 48 jam untuk selesai. Buat masa ini anda hanya perlu tunggu proses pengesahan dari Google selesai. Kebiasaannya, tak sampai satu jam, tapi ada juga kalanya 48 jam pun belum selesai jugak. Bergantung kepada keadaan.
Dan jika anda ingin mengakses Google Apps anda, gunakan URL begini, http://www.google.com/a/nama_domain_anda. Untuk domain saya, saya gunakan URL http://www.google.com/a/syahzul.com, jadi anda hanya perlu tukarkan domain itu kepada domain anda sendiri.
Selamat mencuba!.