Import Database MySQL dengan BigDump

Jika anda mempunyai website ataupun forum yang mempunyai banyak post, saiz database anda pastinya amat besar. Sebagai contoh, untuk portal Joomla-My.org, saiz database sudah mencecah 150MB! Dan adalah menjadi masalah apabila kami ingin import database ini ke web server kami kerana saiz maksimum untuk upload file biasanya dalam 16MB hingga 128MB sahaja, bergantung kepada web hoster. Antara error yang biasanya kami dapat ialah:

You probably tried to upload too large file. Please refer to documentation for ways to workaround this limit.

Berbagai cara yang kami cuba lakukan, antaranya ialah membahagikan database itu kepada beberapa bahagian yang lebih kecil, contohnya satu bahagian hanya ada beberapa tables sahaja. Tapi table untuk post sahaja mencecah 72MB! Itu belum masuk lagi table untuk users.

Setelah merujuk pada documentation yang diberikan, kami mencuba BigDump, satu script PHP yang dicipta oleh Alexey Ozerov. Ternyata script ini banyak membantu. Mari kita tengok cara cara menggunakannya.

Langkah 1

Download script ini dari halaman web Big Dump dan kemudian extract file zip tersebut menggunakan Winzip atau 7zip atau Winrar, terpulang pada anda.

Langkah 2

Ubahsuai kod di bawah ini, mengikut maklumat MySQL database pada server anda

// Database configuration
$db_server   = 'localhost';        // biarkan localhost
$db_name     = '';                // nama database yang ingin anda gunakan
$db_username = '';                // username untuk mysql
$db_password = '';                // password untuk mysql

Itu sahaja yang perlu anda tukar.

Langkah 3

Dengan menggunakan mana mana FTP client yang sesuai, upload script tadi ke web server anda. Untuk hasil yang lebih baik, cipta satu folder baru di dalam /public_html/ anda. Kami gunakan nama folder dump, dan set permission (CHMOD) kepada 777.

Langkah 4

Upload file database yang ingin digunakan, sama ada format .sql ataupun .gz di dalam folder yang sama.

Langkah 5

Run script bigdump.php itu pada web browser anda, contohnya: http://www.joomla-my.org/dump/bigdump.php. Pada paparan seterusnya, anda akan mendapati fail database tadi berada di dalam senarai.

Langkah 6

Sekarang, untuk mulakan proses import database yang besar itu, klik pada link Start Import.

Langkah 7

Masa yang terbaik untuk anda membancuh teh atau kopi sambil menunggu proses ini selesai. Setiap bahagian yang telah berjaya akan di paparkan pada web browser anda.

Selesai!

Nota: Sekiranya anda menggunakan format file .sql untuk proses ini, dan tiba tiba screen web browser anda tidak memaparkan apa apa, cuba gunakan format .gz.

Suka dengan artikel ini? Kongsi dengan kawan-kawan anda

About Syahril Zulkefli

Freelance Trainer yang mempunyai banyak pengalaman di dalam pembangunan laman web Joomla! dan WordPress, pembangunan aplikasi web menggunakan CakePHP dan CodeIgniter, kini terjebak dengan pembangunan Mobile Application. Menjadi trainer untuk JomTraining dan juga OSDCMY Sdn Bhd dan pernah menjalankan training untuk JPA, AMDI-USM, Politeknik Negeri Sembilan, IKIM, Politeknik Dungun dan lain lain agensi swasta.
Kategori: Tutorial, Tag: , , , .
  • http://omarmahdzan.wordpress.com Omar

    em, kalau boleh la, kau blurkan sikit nama table dan database name dekat gambar atas tu…

    bukan apa, takut orang buat SQL injection untuk dropkan db tu la..
    .-= Omar´s last blog ..Oh Tidak! Komputer kantoi WGA =-.

    • http://www.syahzul.com syahzul

      ok dah. thank you very much. selalu overlook benda macam ni.

  • http://kertaz.net kertaz

    Nice entri bro.. Tp bagi aku BigDump ni kurang memuaskan.. Aku dah penah try.. Kinda suck tho.. Aku lebih suka MySQL Dumper.. Lagi sempoi dari BigDump.. =)
    .-= kertaz´s last blog ..Hackers – Boot Up or Shut Up! =-.

    • http://www.syahzul.com syahzul

      oo yeke, ada lagi tools yg lebih bagus? maybe nanti nak kena try jugak. so far BigDump belum mengecewakan lagi, tapi kalau ada option yg lebih baik apa salahnya try.. tq.

  • http://kertaz.net kertaz

    Aku penah guna BigDump sebelum ni.. Tp dengan interface yg agak kurang memuaskan & kadang2 dump pun error.. 3~4 kali restore pun error.. Hangin jer aku rasa.. Nasib baik aku jumpa alternatif lain yg MySQL Dumper tu.. Interface pun cantik & user friendly..
    .-= kertaz´s last blog ..HWM BlackBox – CPU Information Utilities =-.

    • http://www.syahzul.com syahzul

      thank you, nanti nak try MySQL Dumper tu.

  • http://meetmie.blogspot.com/ Amim

    Salam bro ,
    saya nak tanya , kenapa langkah 6 tu , bile saya klik import , keluar bende ni ?

    Stopped at the line 2202.

    At this place the current query includes more than 300 dump lines. That can happen if your dump file was created by some tool which doesn’t place a semicolon followed by a linebreak at the end of each query, or if your dump contains extended inserts. Please read the BigDump FAQs for more infos.

    harap dapat bantu