No. kad pengenalan rakyat Malaysia mempunyai banyak maklumat yang di simpan, tetapi memerlukan card reader yang sesuai untuk mendapatkan maklumat tersebut. Tetapi daripada nombor yang asas 12 digit tersebut juga kita boleh mendapatkan beberapa maklumat, contohnya tarikh lahir, tempat lahir dan jantina.

Bagi pengaturcara yang memerlukan kod untuk mendapatkan ketiga-tiga maklumat tersebut, saya ada tulis kod PHP untuknya. Anda boleh dapatkannya di Github saya yang disertakan dengan satu fail demo.

Penggunaan

Cara menggunakan kod ini sangat mudah, contoh:

// masukkan fail yang diperlukan
require dirname(__FILE__).'/myic.class.php';
$myic = new MyIC;

// dapatkan maklumat dari no. kad pengenalan
$detail = $myic->get( '850202105334' );

Manakala maklumat yang akan anda dapat adalah seperti berikut:

Array
(
    [dob]    => 2 February 1985,
    [state]  => Selangor,
    [gender] => Female
)

Format Tarikh

Pada tetapan asal, kod ini akan menggunakan format j F Y, tetapi dengan menghantar format lain pada parameter yang kedua, anda boleh gunakan format yang lebih sesuai, contohnya:

// dapatkan maklumat dari no. kad pengenalan
$detail = $myic->get( '850202105334', 'Y-m-d' );

Output yang akan anda dapat:

Array
(
    [dob]    => 1985-02-02,
    [state]  => Selangor,
    [gender] => Female
)

Lesen

Kod ini dilesenkan di bawah lesen MIT.