Untuk anda yang biasa menggunakan Github atau Bitbucket, pastinya anda tahu akan kelebihan penggunaan DVCS untuk membuat versioning ada code anda. Jika dahulu, SVN dan Mercurial merupakan keperluan kebanyakan programmer, tetapi kini Git telah menjadi pilihan utama.

Jika anda tidak tahu apakah Git atau DVCS, anda boleh luangkan masa anda untuk membaca Slideshare ini.

Kali ini kita tengok bagaimana anda boleh host Git repo anda di dalam Dropbox, Google Drive ataupun Skydrive. Caranya sama sahaja, perbezaannya hanyalah lokasi folder yang digunakan.

Langkah 1

Pastikan anda telah memasang git core di dalam komputer anda. Dapatkannya di halaman web Git.

Cipta satu folder baru di dalam Dropbox dan berikan nama Git. Folder ini akan dijadikan host kepada semua Git repo kita.

Langkah 2

Untuk contoh ini, saya akan gunakan satu folder projek saya yang berada di ~/Workspace/localhost/demo. Dengan menggunakan Terminal, saya akan ke folder tersebut.

$ cd ~/Workspace/localhost/demo

Kemudian, saya akan create repo pada projek ini menggunakan command berikut.

$ git init

Seterusnya kita perlu tambahkan semua fail dan folder yang sedia ada ke dalam repo.

$ git add --all

Setelah selesai, kita perlu commit terlebih dahulu.

$ git commit -s -m "Mesej yang sesuai untuk commit ini"

Langkah 3

Seterusnya, kita perlu cipta satu repo di dalam folder Dropbox, yang mana akan digunakan sebagai remote kepada projek kita tadi. Kita akan gunakan command seperti berikut.

$ git init --bare ~/Dropbox/Git/Demo.git

Setelah itu, kita perlu push repo yang berada di localhost tadi ke repo baru ini.

$ git push ~/Dropbox/Git/Demo.git master

Command ini akan melakukan operasi push pada repo kita ke dalam Dropbox, dan kita akan push pada master branch.

Selesai

Setiap kali anda membuat perubahan pada kod anda, pastikan anda menggunakan command berikut:

$ git add --all
$ git commit -s -m "Mesej untuk commit terkini"

Jadi pada bila-bila masa yang anda rasakan sesuai, anda boleh push semua commit anda ke remote repo di dalam Dropbox tadi, gunakan command yang sama:

$ git push ~/Dropbox/Git/Demo.git master