Setiap sistem operasi kebiasaannya dilengkapi dengan perisian yang membantu kita untuk compress dan extract fail dan folder di dalam komputer. Tetapi kebiasaannya, menggunakan perisian ini, prosesnya agak lama berbanding menggunakan Terminal jika anda ingin compress folder yang bersaiz besar, contohnya lebih daripada 2GB. Dengan menggunakan Terminal (maaf ye pengguna Windows), kita dapat menjalankan operasi compress fail dan folder kepada beberapa format.
Kita tengok bagaimana caranya untuk melakukan compression pada folder menggunakan Terminal dan format yang akan digunakan ialah ZIP, TAR.GZ dan juga TAR.BZ2.
ZIP
Untuk compress
zip -r nama.zip "/lokasi/folder/yang/ingin/kita/compress"
Untuk extract
unzip nama.zip
TAR.GZ
Untuk compress
tar -zcvf nama.tar.gz "/lokasi/folder/yang/ingin/kita/compress"
Untuk extract
tar -zxvf nama.tar.gz
TAR.BZ2
Untuk compress
tar -jcvf nama.tar.bz2 "/lokasi/folder/yang/ingin/kita/compress"
Untuk extract
tar -jxvf nama.tar.bz2
Perbandingan
Jika anda inginkan perbandingan untuk format-format yang digunakan, anda boleh layari laman web ini: Linux Compression Comparison (GZIP vs BZIP2 vs LZMA vs ZIP vs Compress).