Jika anda seorang yang selalu buat screenshot pada skrin komputer anda (Mac OS X) , anda akan dapati fail-fail ini akan diletakkan pada Desktop setiap kali ianya dihasilkan. Untuk saya yang sangat kerap membuat screenshot, adakalanya ia menjadi tidak terkawal.

Jadi mari kita tengok bagaimana cara untuk mengubah lokasi fail screenshot di Mac OS X tanpa perlu menggunakan perisian lain seperti Onyx.

Apa yang anda perlukan hanyalah Terminal atau yang setaraf dengannya, seperti contoh iTerm2 (kegemaran saya), dan taip arahan berikut:

defaults write com.apple.screencapture location ~/Documents/Screenshots/
killall SystemUIServer

Selepas anda jalankan arahan ini, semua fail screenshot akan disimpan di lokasi ~/Documents/Screenshots/ dan bukan lagi di ~/Desktop.

Nota:

  • Pastikan lokasi yang ingin digunakan wujud. Seperti contoh di atas, folder “`~/Desktop/Screenshots/“` tidak wujud, dan Mac OS X akan memaparkan mesej error.
  • Pastikan lokasi yang anda tetapkan mempunyai simbol slash di hujungnya, contoh “`~/Desktop/Screenshots/“` atau “`~/Pictures/“`.

Rujukan

  • [OSX Daily](http://osxdaily.com/2011/01/26/change-the-screenshot-save-file-location-in-mac-os-x/)