Cabaran Fitness Hari Ke 30

Alhamdulillah, 13hb Disember 2016 yang lepas genap 30 hari cabaran ke arah hidup yang lebih sihat. Bermula hanya dengan mengurangkan minuman bergula, hinggalah ke tahap daily workout sampai cedera betis, 6kg berjaya dikurangkan.

Hasilnya banyak, sangat banyak, antaranya:

  • Berat badan sebelum ni lebih kurang 92kg, sekarang average 86kg.
  • Dulu seluar saiz 42, sekarang boleh pakai 36. Makin slim, fuyyoo!
  • Lebih mudah bangun sebelum azan subuh, dan tak rasa berat nak bangun.
  • Stamina makin meningkat, kurang penat kalau buat aktiviti fizikal.
  • Dapat kawal pengambilan gula berlebihan. Kopi takde gula? Tadak hal…
  • Daya fokus jadi lebih baik, terutama waktu pagi.
  • Makin mudah kawal perasaan nak makan junk food.
  • Kurang berdengkur masa tidur (wife yang cakap).
  • Dulu buncit macam mengandung 7 bulan, sekarang makin flat (wife jugak yang cakap).
  • Batuk, selsema atau demam makin kurang, kalau dulu setiap bulan mesti berlaku.
  • Makin hensem, hahahaha, lawak aje, okay!

Beza dulu dan sekarang

Pengurangan

Apa yang dapat dikurangkan setakat 30 hari ni ialah:

  • Air manis. Teh tarik tu dulu minuman wajib, sehari biasanya minimum 4 gelas. Sekarang, air suam atau air kosong, kalau rajin tambah perahan lemon sikit.
  • Kacang-kacang, takat 4-5 peket tu biasa aje sekali hadap. Sekali beli boleh habis RM20 lebih. Sekarang sudah stop.
  • Junk foods, macam Twisties, kerepek yang makcik makcik jual depan bank, sentiasa ada stok. Lagi pulak kat office ada jual, haish… tergoda saje. Sekarang stop sama sekali.
  • Gula-gula macam Mentos atau Kopiko, stok sentiasa ada depan mata. Sekali beli bagai nak buat kenduri sekampung. Sekarang dah stop jugak.
  • Street burger memang kegemaran, seminggu average 3-4 kali, 1 oblong kambing, 1 burger daging cheese sekali hadap. Sekarang stop terus.
  • Fast foods contohnya KFC atau McD atau yang lain, sebulan ada la 2-3 kali. Sekarang dah makin kurang, hanya pergi kalau nak melayan anak-anak yang teringin.
  • Kopi 3-in-1, minuman wajib kat rumah. Sehari boleh cecah 3-4 gelas, siap tambah gula lagi setiap kali bancuh. Sekarang sudah stop sama sekali. Jadi musuh ketat.
  • Minuman berkarbonat, Red Bull tu favorite dulu tu. Kalau time penat masa drive, 3 tin sekali hadap. Sekarang stop permanently.
  • Makan lepas Maghrib, nasik full portion dan siap tambah lagi, kalau tengah malam lapar lagi, selongkar dapur masak roti atau mee segera. Sekarang sangat jarang makan lewat malam. Kalau lapar jugak, cuba makan buah, kalau ada.
  • Jumlah karbohidrat setiap kali makan, dulu sepinggan penuh + sepinggan lagi tambah. Nafsu melampau. Sekarang sekali makan setengah pinggan aje, kalau rasa tak cukup, makan lauk tanpa nasik.
  • Heartbeat average 85/min, compared to 95/min sebelum ni. Test heartbeat masa idle, takde sebarang aktiviti fizikal.

Improvements

Antara improvements dalam kehidupan seharian:

  • Lemon, banyak vitamin C dan improve immune system. Dulu cukup anti dengan lemon ni. Nak pecah lemak punya pasal, kena redha aje la.
  • Makanan bergoreng memang favourite, tapi sekarang dah boleh layan yang panggang atau bakar, atau masak gulai ke, dan lain lain. Makin kurang cerewet bab lauk ni, tapi cerewet jugak.
  • Tak rasa berat untuk berpuasa Isnin dan Khamis, rasa seronok. Sikit sebanyak dapat kurangkan merapu meraban.
  • Sentiasa cari ruang untuk exercises; planks, squats, crunches, etc. Kalau sehari tak buat, rasa bersalah pulak.

Failed!

Yang kurang tercapai setakat ni:

  • Six packs. Bukan senang woo, kena buang lemak lemak degil kat perut dulu.
  • Join marathon. Betis ada masanya rasa sakit, nak jalan pun terasa pedih. Kesan injured masa buat aktiviti lasak kat asrama dulu kut. Kena slow down sikit pressure kat bahagian kaki.
  • Tangan belum cukup kuat untuk buat push-ups. Sekali buat maksimum dalam 10-15 aje.

Rutin Harian

So far, sepanjang 30 hari, inilah rutin yang dilalui:

  • Bangun pagi, plank 1 minit, crunches 20 x 3 set, squats 20 x 3 set.
  • Minum air kosong sebelum mandi segelas.
  • Solat sunat dan subuh awal waktu.
  • Breakfast pagi, kurangkan portion makanan. Ada time lebihkan protein.
  • Air suam dan air kosong lagi.
  • Habis morning assembly, pastikan ada segelas air suam atas meja, untuk elakkan mulut nak mengunyah makanan.
  • Waktu lunch, ada masanya solat Zuhur dulu baru pegi makan. Kali ni full portion sebab nak tahan sampai malam.
  • Air suam dan air kosong lagi ye, jangan gatai nak air manis ye!
  • Balik kerja, siap sedia ke playground dengan isteri dan anak anak, setengah jam pun cukup la.
  • Lepas maghrib, plank 1 minit, crunches 20 x 3 set, squats 20 x 3 set.
  • Sebelum tidur, plank 1 minit, crunches 20 x 3 set, squats 20 x 3 set lagi.

Kesimpulan

Kalau dulu memang target nakkan six packs, tapi dah sedar hakikat yang itu akan ambil masa yang agak lama. Boleh kalau betul betul nak, tapi kena sacrifice banyak benda dan masa. Not now.

Sekarang lebih target kepada ukur lilit badan dan improve stamina, lebih realistik. Dan juga kuatkan bahagian lower body. Badan pun terasa slim sikit. Lagi sebulan atau dua insya Allah dah boleh pakai baju saiz L.

Berat badan sekarang dah masuk fasa yang statik, naik sikit turun sikit. Sebelum ni buncit air, memang la cepat turun. Dan tak boleh nak minimal effort sangat, kena lebihkan effort sikit, baru nampak hasilnya.

Realitinya…  There’s no shortcut to success.

Seriously, bukan boleh makan ubat atau pil terus boleh kurus, okay. Jangan mimpi la. Toksah percaya pada dakyah dakyah penjual ubat kurus tu sangat, selagi tak work out, makan la seguni ubat sekalipun, sama aje. Yang makin kurus bukan perut, tapi wallet.

Jom! Ke arah hidup yang lebih sihat.

Fatal error: Uncaught ReflectionException: Class log does not exist in Laravel

Have you ever encounter this error when developing your app in Laravel 5 or maybe Laravel 4? If you do, well, you’re not alone.

After few hours debugging and searching for the solution, I found out that you cannot use any Laravel helper functions in your config file. For examples:

<?php 
// /config/sample.php

return [ 
    'image_description' => trans('image.description'),
    'home_url' => url('/'),
];

The codes will cause Fatal error: Uncaught ReflectionException: Class log does not exist in your application.  If you found any other reason, please do let me know.

How to install OCI8 on Ubuntu 14.04 and PHP 5.6

If your PHP application is using Oracle DBMS, you will need to install OCI8 PECL extension. Sometimes it’s quite tricky to make it work. Let’s make our hand dirty.

Requirements

Make sure met the following requirements:

  • Free account on Oracle website to download Oracle Instant Client and SDK files,
  • Full sudo access to your server,
  • PHP 5.6 and web server installed (tested with nginx and PHP-FPM).

Ubah lokasi fail screenshot di Mac OS X

Jika anda seorang yang selalu buat screenshot pada skrin komputer anda (Mac OS X) , anda akan dapati fail-fail ini akan diletakkan pada Desktop setiap kali ianya dihasilkan. Untuk saya yang sangat kerap membuat screenshot, adakalanya ia menjadi tidak terkawal.

Jadi mari kita tengok bagaimana cara untuk mengubah lokasi fail screenshot di Mac OS X tanpa perlu menggunakan perisian lain seperti Onyx.

Jana PDF pada Laravel 4.2 menggunakan DOMPDF

Salah satu keperluan dalam aplikasi web pada masa kini ialah keupayaan menjana output dalam format PDF, terutama sekali apabila melibatkan operasi menjana laporan dan statistik. Satu masa dahulu, tugasan ini amat membebankan pengaturcara, tetapi dengan adanya Composer dan Packagist, mencari pakej yang sesuai hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Kali ini kita akan lihat bagaimana menggunakan pakej DOMPDF Wrapper dari Barry vd. Heuvel untuk menjana output dalam format PDF menggunakan Laravel 4.2.

Laravel 5 Event

Salah satu perkara yang menarik pada rangkakerja Laravel ialah ciri Event. Penggunaan event pada Laravel membolehkan programmer untuk trigger sesuatu kod yang mempunyai keperluan tertentu.

Sebagai contoh, setiap kali pengguna log masuk ke dalam sistem, kita ingin merekodkan tarikh dan masa ke dalam pangkalan data. Dengan penggunaan event, kita boleh mengasingkan fungsi ini di luar AuthController. Dengan cara ini, controller kita lebih mudah untuk diuruskan pada kemudian hari.

Bagaimana untuk compress dan extract fail dan folder di Mac OS X

Setiap sistem operasi kebiasaannya dilengkapi dengan perisian yang membantu kita untuk compress dan extract fail dan folder di dalam komputer. Tetapi kebiasaannya, menggunakan perisian ini, prosesnya agak lama berbanding menggunakan Terminal jika anda ingin compress folder yang bersaiz besar, contohnya lebih daripada 2GB. Dengan menggunakan Terminal (maaf ye pengguna Windows), kita dapat menjalankan operasi compress fail dan folder kepada beberapa format.

Kita tengok bagaimana caranya untuk melakukan compression pada folder menggunakan Terminal dan format yang akan digunakan ialah ZIP, TAR.GZ dan juga TAR.BZ2.

Personal Git Hosting di dalam Dropbox

Untuk anda yang biasa menggunakan Github atau Bitbucket, pastinya anda tahu akan kelebihan penggunaan DVCS untuk membuat versioning ada code anda. Jika dahulu, SVN dan Mercurial merupakan keperluan kebanyakan programmer, tetapi kini Git telah menjadi pilihan utama.

Jika anda tidak tahu apakah Git atau DVCS, anda boleh luangkan masa anda untuk membaca Slideshare ini.

Kali ini kita tengok bagaimana anda boleh host Git repo anda di dalam Dropbox, Google Drive ataupun Skydrive. Caranya sama sahaja, perbezaannya hanyalah lokasi folder yang digunakan.

How to generate PDF in CakePHP 2.x with dompdf

For some applications, generating PDF file is crucial. Let’s imagine invoicing applications, created with CakePHP, generating PDF is a must. But how to do this? How to generate the file without using CLI? We will be using dompdf for this task. You can get it free and licensed under LGPL.

Make sure your meet the requirements:

  1. Using latest version of CakePHP 2.2.x
  2. Running server with PHP 5.3.x (never tested with PHP 5.2)
  3. Latest version of dompdf 0.6.0 Beta 3

Let’s get started!

Change CakePHP 2.x default routing after login

Few days ago, I’m giving a training of CakePHP framework for AMDI-USM‘s Bio-ICT staff. We were developing one sample application and the default route will go to /users/login page. One of them ask me whether we can change the default routing after the user logged in.

  1. Before user login, the default routing will be /users/login
  2. After user logged in, default routing will go to /submissions/index

Nice question! Let’s try this and see if we could make it happen.

The Bootstrap

First of all, we need to do it in our /config/bootstrap.php, then we need to load SessionComponent to check whether user logged in to the system.

// include the Session Component to our application
App::uses('SessionComponent', 'Controller/Component');

// now create new SessionComponent instance
$Session = new SessionComponent(new ComponentCollection());

// check if the user logged in
if ($Session->read('Auth.User')) {

    switch ($Session->read('Auth.User.group_id'))
    {
        // Administrator
        case 1:
            Configure::write('Route.default', array('controller' => 'pages', 'action' => 'dashboard', 'admin' => true));
            break;

        // Manager
        case 2:
            Configure::write('Route.default', array('controller' => 'pages', 'action' => 'dashboard', 'manager' => true));
            break;

        // Registered
        case 3:
            Configure::write('Route.default', array('controller' => 'pages', 'action' => 'dashboard'));
            break;
    }
}
// nope, user not logged in
else {
    Configure::write('Route.default', array('controller' => 'pages', 'action' => 'display'));
}

Change the default routing

We need to change the default route in /Config/routes.php, set the default route to:

Router::connect('/', Configure::read('Route.default'));

Done!

That’s all you need to make it work. Simple and straight forward.

Link to Homepage

If you need a link to your homepage, normally in your website logo, you can use this code instead:

echo $this->Html->link('Home', Configure::read('Route.default'));

That’s all. Please let me know if it’s not working for you.