MyKad Detail Extractor

No. kad pengenalan rakyat Malaysia mempunyai banyak maklumat yang di simpan, tetapi memerlukan card reader yang sesuai untuk mendapatkan maklumat tersebut. Tetapi daripada nombor yang asas 12 digit tersebut juga kita boleh mendapatkan beberapa maklumat, contohnya tarikh lahir, tempat lahir dan jantina.

Bagi pengaturcara yang memerlukan kod untuk mendapatkan ketiga-tiga maklumat tersebut, saya ada tulis kod PHP untuknya. Anda boleh dapatkannya di Github saya yang disertakan dengan satu fail demo.