Laravel 5 Event

Salah satu perkara yang menarik pada rangkakerja Laravel ialah ciri Event. Penggunaan event pada Laravel membolehkan programmer untuk trigger sesuatu kod yang mempunyai keperluan tertentu.

Sebagai contoh, setiap kali pengguna log masuk ke dalam sistem, kita ingin merekodkan tarikh dan masa ke dalam pangkalan data. Dengan penggunaan event, kita boleh mengasingkan fungsi ini di luar AuthController. Dengan cara ini, controller kita lebih mudah untuk diuruskan pada kemudian hari.